Selepas menjadi tanda tanya siapakah pengganti bagi hos ke-3 bagi Anugerah MeleTOP ERA 2020. Baru-baru ini telah diumumkan dimana Zizan telah dilantik sebagai pengacara ketiga bagi acara tersebut.
Pada awalnya, seperti yang ditetapkan dimana Anugerah MeleTOP ERA 2020 akan berlangsung bersama 3 orang pengacara iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Alif Satar. Tetapi beberapa minggu yang lalui, MeleTOP telah mengumumkan dimana Alif Satar tidak akan menjadi pengacara ketiga.
BACA : Senarai Penuh TOP 5 AME2020
Jadi sejak hari tersebut, ramai tertanya-tanya adakah hanya 2 pengacara atau akan ada pengganti bagi pengacara ketiga tersebut.
Zizan Dilantik Sebagai Pengacara Ketiga Anugerah MeleTOP ERA 2020


Melalui perkongsian daripada Astro Gempak, pada awalnya Radio ERA telah mengumumkan dimana Zizan Razak akan menggantikan Alif Satar. Dan kemudian barulah pihak MeleTOP sendiri mengumumkan melalui akaun Instagram MeleTOP sendiri.
Jadi pada malam tersebut akan terdapat 3 pelawak bergabung bagi memeriahkan lagi acara AME2020. Pastinya lebih gamat dan sarat dengan lawak yang bersahaja disamping hiburan daripada bintang yang akan membuat persembahan pada malam tersebut.
Jangan lupa, Anugerah MeleTOP ERA 2020 akan berlangsung secara langsung pada 20 Disember 2020, hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.