- advertisement -

Undian bagi Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 kini telah dibuka. Anda boleh undi artis kegemaran anda sehingga 30 November 2020.

Tidak cukup dengan ABPBH, TV3 datang lagi dengan sebuah anugerah baru hasil gabungan 2 program hiburan iaitu Melodi & Drama Festival Kuala Lumpur. Ianya digabungkan menjadi Anugerah Melodi Drama Sangat (AMDS). Jika sebelum ini ada Anugerah Melodi.

BACASenarai Penuh Pemenang ABPBH Ke-33 Tahun 2020

Sudah pastinya anugerah berprestij ini berlainan dengan anugerah lain dimana ianya mempertandingkan 16 kategori iaitu : 

- advertisement -
  1. Artis LOL Sangat
  2. Stylo Sangat
  3. Selebriti Sensasi Sangat
  4. Selebriti Digital Sangat
  5. Zero Kontroversi Sangat
  6. Artis Laris Sangat
  7. Penyanyi Mantap Sangat
  8. Drama Sangat
  9. Hero Sangat
  10. Heroin Sangat
  11. Antagonis Sangat
  12. Couple Drama Sangat 
  13. OST Drama Sangat

Manakala, untuk kategori diberi dalam program Melodi:

  1. Fan Club Happening Sangat
  2. Skrip Drama Sangat
  3. Pengarah Drama Sangat

Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 (AMDS2020) merupakan undian 100% secara online. Jadi anda boleh mula mengundi artis kegemaran bermula sekarang sehingga 30 November 2020. Peminat boleh mengundi sepuluh kali setiap kategori setiap hari untuk setiap peranti. Jadi anda boleh mengundi setiap hari kerana sistem undi akan dikemas kini setiap hari.

Antara artis atau selebriti tersenarai seperti Michael Ang, Syafiq Kyle, Neelofa, Nora Danish, Alif Satar, Akim Ahmad, Amyra Rosli dan ramai lagi. Tidak lupa juga bagi Selebriti Digital seperti Cupcake Aisyah, Asif, Yoe & Syahmi, Soloz, Sofyank dan ramai lagi. Pergi check it out sendiri la.

Untuk mengundi anda boleh pergi ke pautan www.xtra.com.my/amds/ dan pilih kategori dan terus mengundi artis pilihan anda

Undian Kini Dibuka Bagi Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 Sehingga 30 November 2020
Undian Kini Dibuka Bagi Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 Sehingga 30 November 2020

Waktu Dan Siaran Anugerah Melodi Drama Sangat

Malam Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 akan menampilkan Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai hos yang akan bersiaran  secara langsung pada 18 Disember 2020 iaitu pada Jumaat pada pukul 9 malam hingga 11.30 hanya di TV3 dan Youtube TV3 Malaysia

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here