- advertisement -

TV3 baru-baru ini mengumumkan dimana telah memperkenalkan satu slot tayangan terbaru iaitu slot Cempaka bagi menyiarkan seleksi drama bersiti popular bermula 1 Ogos 2021.

Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Nini Yusof kepada Berita Harian pada selasa lalu.

Menurutnya terdapat beberapa perubahan dalam rancangan disajikan kali ini bagi menerapkan semangat lebih positif kepada penoton tatkala negara masih dilanda pandemik COVID-19.

Oleh itu, diperkenalkan sloga ‘Hidupkan Pagi’ dimana bakal menyajikan program slot pagi yang lebih segar, ceria dan mantap buat penonton setia termasuklah slot Cempaka.

- advertisement -

Slot Baru, Cempaka Di TV3

Menerusi slot Cempaka terbaru ini ianya akan menyajikan pelbagai drama popular yang akan menemui penonton pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.00 pagi.

BACA : Saksikan Drama Ayahanda Di TV3 (Slot Lestary)

Oleh itu, bermula 2 ogos ini, drama bersiri pertama yang mengisi slot Cempaka adalah Lelakimu Yang Dulu arahan Eoon Shuhaini dan lakonan dariapda Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli dan Reen Rahim.

slot cempaka lelaki yang dulu

Manakala bagi slot MHI akan bertukar waktu siaran kepada setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 9.30 pagi hingga 1.30 pagi, juga mulai 2 Ogos ini.

Jadi lepas ni, bangun pagi awal dan boleh tonton drama siri melayu setiap hari.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here