Berita baik kepada adik-adik yang sedang menjalani sesi pembelajaran di rumah, kini TV pendidikan sudah berada di 3 saluran iaitu di TV Okey (RTM), Astro dan NTV7.
Pada awalnya, hanya Astro yang menyediakan saluran atau channel khas bagi TV Pendidikan iaitu melalui Tutor TV. Dari situ, pelajar sekolah bermula darjah 1 hingga tingkatan 6 ada kandungan pembelajaran untuk mereka. Selain pendidikan formal di sekolah, mereka ada juga ilmu tambahan boleh diambil daripada rancangan di tv.
Kemudian sejak PKP bermula pada Mac 2020, RTM juga telah menyediakan slot khas bagi TV Pendidikan melalui channel TV Okey. Ini kerana, ketika itu sekolah semua tutup dan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah dari rumah. Sebagai tambahan daripada pembelajaran secara online bersama cikgu-cikgu, mereka juga boleh dapatkan ilmu di TV.
Baru-baru ini, satu lagi saluran yang ada menyediakan slot khas TV Pendidikan iaitu di saluran NTV7 dinamakan DidikTV@NTV7. Jadi kini slot khas TV Pendidikan untuk pelajar sekolah sudah ada 3 iaitu di Astro, RTM dan NTV7.
Slot Khas TV Pendidikan
Inilah norma baharu bagi pelajar sekolah dan sistem pendidikan. Tidak melalui pembelajaran formal di sekolah tetapi dapat memanfaatkan peluang menerusi pembelajaran melalui TV Pendidikan apabila berada di rumah.
Jadi untuk semua adik-adik, jangan lupa tune-in slot pembelajaran ini untuk belajar. Jangan lepaskan peluang untuk peroleh lebih banyak ilmu walaupun berada di rumah. Ikuti nombor siaran dan rancangan TV Pendidikan dibawah ini:
Astro
Di Astro disediakan 3 saluran Tutor TV iaitu Astro Tutor TV UPSR (CH601), Astro Tutor TV PMR (PT3) dan Astro Tutor TV SPM (CH603). Selain itu disediakan juga Astro TVIQ (CH610) bagi adik-adik ketahui dan mempelajaran general knowledge. Untuk pengguna Astro juga, boleh saksikan secara online di Astro GO.
BACA : Info Dan Cara Daftar Astro Go Untuk Tahun 2020
BACA : Senarai Nombor Channel Baru Astro Untuk Tahun 2020
RTM
Bagi yang tiada Astro jangan risau, anda boleh dapatkan slot khas TV Pendidikan melalui saluran TV Okey bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk setiap Isnin hingga Jumaat. Anda boleh saksikan di siaran MYTV110, Astro (CH146) dan secara online di myklikrtm
NTV7
Tak cukup di RTM, anda juga boleh belajar di NTV7 dengan slot khas DidikTV@NTV7 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Adik-adik boleh saksikan di saluran MYTV107, Astro CH147 dan secara online di TONTON.
Jadual Pembelajaran
Sepanjang tempoh siaran, ianya bukan menyiarkan kesemua sukatan pembelajaran. Ianya telah ditetapkan bila silibus UPSR, PT3, PMR, Darjah 4, Tingkatan 1, Silibus Sejarah, Matematik, Bahasa Melayu dan sebagainya.
Oleh itu, untuk ketahui jadual harian ini untuk ketiga-tiga channel TV Pendidikan ini, adik-adik boleh dapatkan maklumat menerusi perkongsian daripada pihak Kementeria Pelajaran Malaysia (KPM). Adik-adik boleh dapatkan jadual di website KPM, Facebook KPM, Instagram KPM atau melalui Twitter KPM.
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR TV dan ntv7
25 NOVEMBER 2020TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://t.co/SWiDifRwZG
ASTRO TUTOR TV di Saluran 601 dan 603. pic.twitter.com/FKZPQkBAF2
— KPM (@KemPendidikan) November 24, 2020
Jadi jangan lupa sentiasa update dengan jadual daripada pihak KPM. Biasanya ianya dikeluarkan malam sebelum siaran.
Semoga 3 saluran TV Pendidikan ini memberi manfaat kepada para pelajar yang menjalani PdP daripada rumah. Ibu Bapa juga perlu memainkan peranan untuk sentiasa pastikan anak-anak belajar dan fokus dalam tempoh yang ditetapkan ini.