Rancangan terbaru Astro, jangan lupa untuk saksikan The Masked Singer Malaysia atau strim di Astro GO untuk semua pelanggan Astro. Rancangan bagi menyerikan hujung minggu anda.
The Masked Singer Malaysia merupakan rancangan nyanyian adaptasi daripada program King Of Mask Singer daripada Korea Selatan. Program nyanyian ini berbeza daripada program-program yang lain. Dalam rancangan ini, penyanyi akan berselindung di sebalik topeng yang dipakai daripada kepala hingga kaki. Mereka akan menyanyi, manakala barisan juri akan meneka siapakah disebalik topeng tersebut.
BACA : Saksikan Dan Strim Secara Online Setiap Minggu Konsert Big Stage 2020
Barisan juri akan meneka berpandukan klu yang dipertontonkan di video klip pendek sebelum membuat persembahan. Setiap minggu, peserta terendah dengan markah daripada juri akan disingkirkan dan masa inilah baru didedahkan identiti sebenar penyanyi tersebut.
Peserta di sebalik topeng tersebut boleh jadi seorang pelakon, penyanyi, pelakon, ahli sukan dan sebagainya. Terdapat 12 peserta dengan identiti berbeza yang memakai topeng berbeza-beza seperti Nasi Lemak, Orang Utan, Bunga Raya, Musang King, Rajah Brooke, WAU, ABC, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Refflesia dan Rimau.
Manakala terdapat 9 juri yang terlibat seperti Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Nabila Huda, Michael Ang, Raja Azura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak beserta seorang pengacara iaitu Dato AC Mizal.
Program The Masked Singer Maalaysia Daripada Astro
The Masked Singer Malaysia akan bermula pada 18 September 2020 dengan berlangsung selama 8 minggu. Anda boleh saksikan di Astro WARNA dan WARNA HD pada setiap jumaat pada jam 9 malam anda boleh tonton secara percuma di aplikasi Astro GO bagi pelanggan astro.
Boleh juga strim secara Live+ di Youtube Astro Gempak semasa tayangan.
Minggu 1
Peserta tersingkir : Nasi Lemak
Identiti sebenar : Dato Mirnawan Nawawi
Bidang : Bekas pemain hoki
Klu : Tongkat yang dihayun oleh Nasi Lemak adalah klu melambangkan kayu hoki
Minggu 2
Peserta tersingkir : Rimau
Identiti sebenar : Ebby Saiful
Bidang : Penyanyi, Pelakon, Komposer, pemuzik dan pengarah
Minggu 3
Peserta tersingkir : ABC
Identiti sebenar : Yana Samsudin
Bidang : Pelakon, Penyanyi
Klu : Inhaler yang disedut oleh ABC merujuk kepada filem yang dilakonkan oleh Yana Samsudin iaitu Wawa Semput
Minggu 4
Peserta tersingkir : Musang King
Identiti sebenar : Zain Ruffedge
Bidang : Penyanyi dan Pelakon
Klu : Patung kanak-kanak melambang seorang bapa kepada seorang anak perempuan dan aneka makanan menunjukkan mempunyai kepelbagaian bakat dalam bidang seni
Minggu 5
Peserta tersingkir : Ayam Jantan
Identiti sebenar : Hairul Azreen
Bidang : Pelakon
Klu : Laptop dan facebook bermaksud ayam jantan pernah terlibat dalam video muzik Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latih dan berangan bermotifkan ‘cameo’ melambangkan beliau selalu melakonkan watak dalam filem berunsurkan badan beruniform
Minggu 6
Peserta tersingkir : Reno
Identiti sebenar :Chiwan
Bidang : Pelakon dan Pelawak
Klu : Potret Reno versi wanita melambangkan seseorang yang bersahabat baik dengan reno iaitu Shiha Zikir
Minggu 7
Peserta tersingkir : Refflesia
Identiti sebenar : Datin Paduka Eina Azman
Bidang : Pelakon
Klu : Gambar Shah Rukh Khan dan tarian Bollywood merujuk kepada majlis persandingan Datin Paduka Eina Azman dan suaminya yang bertemakan Bollywood
Minggu 8
Juara : Bunga Raya (Aina Abdul)
Naib Juara : Rajah Brooke (Vannesa Reynauld)
Tempat Ke-3 : Orang Utan (Tuju K-Clique)
Tempat Ke-4 : Wau (Datin Alyah)
Tempat Ke-5 : Enggang (Vince AF)
sumber : [hellokerja]