- advertisement -

Minggu ini, Astro Citra membawakan telefilem Nasiya melalui slot Citra Exclusive yang akan disiarkan pada 1 Mei 2021. Telefilem yang menceritakan tentang kepincangan manusia setelah hidup berpaksi dan bergantung dengan kuasa syaitan.

Jika sebelum ini genre drama ‘soft horror‘ daripada telefilem Ismadi Belum Mati, kali ini telefilem Nasiya membawakan penceritaan Dark Islamic. Untuk pengetahun, Nasiya bermaksud Orang Yang Lupa.

- advertisement -

Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Osman Ali
Idea Asal : Siti Jasmina Ibrahim
Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Produksi : Nuansa Film Production dan Odissi Creative Sdn. Bhd
Pelakon : Norzizi Zulkifli, Izuan Fitri, Elfira Loy, Naque Ariffin dan ramai lagi.

nasiya

Sinopsis Telefilem Nasiya

Telefilem Nasiya mengisahkan tentang seorang wanita yang pernah mengalami kehancuran dalam hidupnya bangkit kembali untuk mencari sinar kebahagiaan tapi landasan hidupnya disinari satu cahaya yang dianggapnya cahaya syurga tapi sebenarnya cahaya neraka.

Bagaimanakah pengakhirannya? Adakah beliau sempat kembali ke pangkal jalan atau terus bergelumang dengan dosa dan syirik kepada Allah? Saksikan episod penuh di Astro Citra.

  • nasiya
  • nasiya
  • nasiya

Waktu Siaran

Telefilem Nasiya akan bersiaran pada 1 Mei ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di Citra Exclusive di Astro Citra HD saluran 108. Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here