Berita baik kepada semua pelanggan Astro, anda kini boleh nikmat dan tonton semua siaran Movie secara percuma (complimentary viewing) sehingga 21 Februari 2021.
Tawaran ini diumumkan oleh pihak Astro bagi menghargai semua pengguna Astro selepas syarikat tersebut memenang anugerah platinum dalam Putra Brand Awards 2021 pada awal Februari yang lepas.
Kemenangan itu juga merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut bagi kategori Rangkaian Media. Ini membuktikan jenama tersebut terus diterima baik sehingga sekarang terutamanya pengguna di Malaysia.
Tayangan Percuma Bagi Semua Siaran Movie Di Astro
Jadi jangan lupa untuk saksikan kesemua 6 saluran ini secara percuma bermula 11 Februari hingga 21 Februari 2021 (10 hari). 10 hari tayangan percuma ini melibatkan HBO (CH441 HD / CH431), Cinemax (CH412 HD / CH432), TVN Movies HD (CH416), Hits Movies HD (CH401), Fox Movies (CH413 HD / CH433), Fox Family Movies HD (CH414) dan Fox Action Movies HD (CH415).


Sepanjang tempoh ini, anda boleh la saksikan filem seperti The Tuxedo, Elysium, The Dark Night Rises, Birds of Prey, Despicable Me 2, Sonic The Hedgehog, Peninsula, Inferno, Jack Reasher: Never Go Back dan banyak lagi.
Sebelum ini juga, Astro mengumumkan lanjutan tayangan secara komplimentary bagi siaran kanak-kanak dan saluran berita sehingga 18 Februari 2021.