Kepada yang merindui drama hebat sebelum ini, anda boleh tonton semula 7 Hari Mencintaiku 2 secara online di aplikasi IQIYI secara percuma bila-bila masa dan dimana sahaja. Strim sahaja bermula hari ini.
Selepas mendapat sambutan yang hebat pada drama pertama mereka iaitu 7 Hari Mencintaiku 1 pada tahun 2017, mereka telah kembali dengan 7 Hari Mencintaiku 2 pula pada Julai 2020 yang lepas. Selama tayangan, sambutan yang luar biasa yang diperoleh daripada drama tersebut.
Sebelum ini, 7 Hari Mencintaiku 2 ditayangkan di TV3 melalui slot Akasia yang ditayangkan setiap isnin hingga jumaat pada pukul 6 petang. Selain daripada tayangan di tv, pada mulanya ianya ditayangkan secara strim pula di Youtube. Tetapi selepas beberapa episode, ianya memberhentikan tayangan. Ini kerana semua video tayangan tersebut berubah daripada Youtube kepada platform striming www.iq.com atau IQIYI.
Tetapi jangan risau, anda masih lagi boleh tonton secara percuma di aplikasi IQIYI sama seperti tonton di Youtube. Anda juga boleh dapatkan akaun premium dengan langganan RM 16.90 sebulan.
Untuk anda menggunakan striming ini, anda boleh daftar menggunakan emel di website iq.com atau download aplikasi IQIYI di PlayStore atau AppStore secara percuma.