- advertisement -

Astro kembali lagi dengan sebuah drama premium Astro Originals, Projek Anchor SPM yang ditayangkan eksklusif di Astro Citra. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-Siri sebelum ini.

Drama ini pada awalnya tercetus kontroversi yang katanya meniru sebuah filem dari Thailand Bag Genius. Tetapi pengarahnya, Razaisyam Rashid memberitahu ianya bukan meniru filem tersebut. Dengarnya, drama premium ini diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia sebelum ini. Menarik kan? Kena tonton sampai habis

Episod : 8
Tayangan : Astro Originals (Astro Citra)
Pengarah : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf
Skrip : Anwari Ashraf
Terbitan : Astro Shaw dan Alpha47 Films

projek anchor spm

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Projek Anchor SPM ini ialah Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Susan Lankester, Fadhli Masoot , Taufiq Izmir, Danish Hazriq.

- advertisement -
  • Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
  • Aedy Ashraf sebagai Aizat
  • Shasha Abedul sebagai Jaja
  • Nadhir Nasar sebagai Hilmi
  • Chubb-E sebagai Botol
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
  • Tony Eusoff sebagai Zubir
  • Daniella Sya sebagai Tai Ying
  • Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
  • Fadhli Masoot sebagai Zaim
  • Taufiq Izmir sebagai Cheng

Sinopsis Projek Anchor SPM

Di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) Cameron Highland, sebuah sekolah berasrama penuh elit, Aizat (kapten pasukan ragbi), bersekongkol dengan Aaidaa (pelajar cemerlang) untuk membantu rakan setingkatan mereka cemerlang SPM iaitu melalui strategi meniru besar-besaran yang rumit.

Walaubagaimanapun, pengetua STIA yang sentiasa selangkah dihadapan mereka sering menjadi halangan kepada rancangan-rancangan licik mereka.

Adakah mereka akan berjaya melepasi peperiksaan SPM dengan strategi menipu besar-besaran atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan dan jangan lupa tonton semua episod cerita ini.

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan drama premium Astro Originals, Projek: Anchor SPM mulai 15 Mac 2021, yang ditayangan setiap hari Isnin , jam 9 malam eksklusif di Astro Citra (CH108) dan Citra HD (CH128). Anda juga boleh strim secara On Demand dan melalui aplikasi Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here