- advertisement -

Akhirnya Mencari Rahmat akan menemui penonton bermula 31 Ogos 2021. Tetapi bukan menerusi tayangan di panggung wayang tetapi akan ditayangkan di platform penstriman Mubi Malaysia.

Filem dark komedi Mencari Rahmat yang sepatutnya ditayangkan di pawagam sebelum ini telah ditunda beberapa kali akibat wabak Covid-19. Panggung wayang tak buka, jadi tak boleh la nak ada tayangan kan. Katanya kali ini, uncensored punya.

Karya produksi terbitan Ab Roll Sdn. Bhd. ini adalah filem yang diadaptasi daripada naskhah teater The Importance of Being Earnest dari Oscar Wilde. Ditambah pula dengan barisan pelakon yang hebat.

Mencari Rahmat

Tayangan : Mubi Malaysia
Pengarah : Al Jafree Md Yusop
Penulis Skrip : Al Jafree Md Yusop
Penerbit : Zuli Ismail & Rahmat Adam
Produksi : AB Roll Sdn. Bhd.

- advertisement -

Barisan Pelakon

Mencari Rahmat dibintangi pelakon berpengalaman seperti Namron, Amerul Affendi, Sharifah Amani, Adibah Noor, Nadia Aqilah dan Fauziah Nawi.

Selain itu terdapat juga Azman Hassan, Eric Fuzi, Tun Fazrul Azri, Anuar Paharudin dan ramai lagi.

  • Namron sebagai Razak
  • Amerul Affendi sebagai sebagai Azman
  • Nadia Aqilah sebagai Rose
  • Sharifah Amani sebagai Ratna
  • Adibah Noor sebagai Datin Azizah
  • Fauziah Nawi sebagai Aunt Normah
  • Eric Fuzi sebagai Reza
Mencari Rahmat

Sinopsis Filem Mencari Rahmat

Filem Mencari Rahmat mengisahkan Razak merupakan seorang anak yatim piatu yang kini begelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang.

Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu.

Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna.

Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak.

Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.

  • Mencari Rahmat
  • Mencari Rahmat
  • Mencari Rahmat

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk mula strim Mencari Rahmat bermula 31 Ogos ini di Mubi Malaysia. Anda boleh langgan RM10 untuk sebulan atau RM5 untuk seminggu dengan 7 hari free trial.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here