Jangan lepaskan peluang untuk saksikan artis kegemaran anda beraksi setiap minggu di program Gegarvaganza 7 yang disiarkan melalui Astro RIA dan Astro GO.
Tahun 2020 ini dengan tema Mara Suara Membara telah menampilkan 14 bintang yang akan merebut juara Gegarvaganza 7 yang akan membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
BACA : Senarai Peserta Gegarvaganza Musim Ke-7 Untuk Tahun 2020
GV merupakan bilangan peserta paling yang paling ramai pernah disertai dan sekali gus akan berlansung dalam tempoh 10 minggu bagi mencari juara yang baru. Kesemua persembahan akan diadili oleh 2 juri tetap iaitu Dato Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim berserta seorang juri jemputan khas dibawa setiap minggu. Semua undian daripada juri profesional.
Gegarvaganza 7 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama-sama dengan 2 hos terkenal Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pastinya keadaan menjadi lebih meriah dan celoteh dan gurauan yang akan mereka sampaikan kelak.
Jadi jangan lupa untuk saksikan Gegarvaganza 7 yang bersiaran untuk 10 minggu di Astro RIA dan RIA HD pada setiap Ahad, jam 9 malam. Untuk pengguna Astro, anda boleh strim secara percuma melalui Astro GO atau melalui Youtube Astro Gempak setiap minggu.
Saksikan Gegarvaganza 7 Untuk Tahun 2020
Minggu Pertama
Tema Persembahan : Grand Konsert
Juri Jemputan : Bekas juara Gegarvaganza
Bintang Cuckoo Healthy Home : Tiada
Anugerah Next Level DIGI : Linda Nanuwil
Peserta Tersingkir : Tiada
Minggu Kedua
Tema Persembahan :Sama Naik
Juri Jemputan : Jay Jay
Bintang Cuckoo Healthy Home : Ashira
Anugerah Next Level DIGI : Oja
Peserta Tersingkir : Haslinda
Minggu Ketiga
Tema Persembahan : Cuba Try Test (Cobaan)
Juri Jemputan : Datuk Syafinaz Ahmad
Bintang Cuckoo Healthy Home : Oja
Anugerah Next Level DIGI : Rozita Izlyn
Peserta Tersingkir : Tiada penyingkiran
Minggu Keempat
Tema Persembahan : Seram
Juri Jemputan : Jennifer Thompson
Bintang Cuckoo Healthy Home : Aju Success
Anugerah Next Level DIGI : Ashira
Peserta Tersingkir : Indigo dan Eva
Minggu Kelima
Tema Persembahan : Tahu Tahu Sampai (Lagu Karaoke)
Juri Jemputan : Dato’ Hattan
Bintang Cuckoo Healthy Home : Yantzen
Anugerah Next Level DIGI : Cliff Umar
Anugerah Bintang Paling Power Moew : Cliff Umar
Peserta Tersingkir : Nomad
Minggu Keenam
Tema Persembahan : Double Special (lagu duet)
Juri Jemputan : Aishah dan Dato Awie
Bintang Cuckoo Healthy Home : Rozita Izlyn
Anugerah Next Level DIGI : Noraniza Idris
Anugerah Bintang Paling Power Moew : Noraniza Idris
Peserta Tersingkir : Rozita Izlyn
Minggu Ketujuh
Tema Persembahan : Take Over
Juri Jemputan : Saiful Apek & Ad Samad
Bintang Cuckoo Healthy Home : Linda Nanuwil
Anugerah Next Level DIGI : Yantzen
Anugerah Bintang Paling Power Moew : Oja
Peserta Tersingkir : Aju Success
Minggu Kelapan
Tema Persembahan : GV Throwbaik
Juri Jemputan : Datuk Syafinaz Selamat & Mamat Khalid
Bintang Cuckoo Healthy Home : Yantzen
Anugerah Next Level DIGI : Muss
Anugerah Bintang Paling Power Moew : Mus
Peserta Tersingkir : Yantzen
Minggu Kesembilan
Tema Persembahan : Outstation
Juri Jemputan : Datuk Syafinaz & Jay Jay
Bintang Cuckoo Healthy Home : Linda Nanuwil
Anugerah Next Level DIGI : Ayu Damit
Anugerah Bintang Paling Power Moew : Oja
Peserta Tersingkir : Tiada Penyingkiran
Minggu Kesepuluh
Tema Persembahan : Battle Round / Medley / Duet
Juri Jemputan : Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzo
Bintang Cuckoo Healthy Home : Linda Nanuwil
Anugerah Next Level DIGI : Oja
Anugerah Bintang Paling Power Moew : Cliff Umar
Senarai Pemenang
Juara – Cliff Umar
Naib Juara – Muss
Tempat Ke-3 – Ayu Damit
Tempat Ke-4 – Noraniza Idris
Tempat Ke-5 – Linda Nanuwil
Tempat Ke-6 – Oja
Tempat Ke-7 – Ashira
Tentubmenyengat gv tahun ni
mantop