Bagi peminat drama melayu Pink Smile yang sedang ditayangkan di TV3, anda juga boleh tonton cerita ini secara online seperti yang disediakan oleh pihak TV3 melalui channel Drama Sangat.

Drama terbaru daripada TV3 yang disiarkan melalui slow Lestari ini telah mula ditayangkan pada 31 Julai 2020 yang lepas. Menampilkan pelakon terkenal seperti Fattah Amin dan Sweet Qismina bagi melakonkan drama Pink Smile yang diadaptasi daripada novel Pink Smile karya Luna Ardesia. Drama ini merupakan arahan Hazreen Hakim bersama Ayie Mustafa dengan genre melodrama.

Tonton Kesemua Episode Drama Pink Smile Secara Online Melalui Channel Drama Sangat

Sinopsis Pink Smile

Pink Smile dibintangi barisan pelakon yang hebat seperti Fattah Amin, Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Syafi Tee, Afifah Nasir, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail dan beberapa pelakon lain lagi.

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Luna (Sweet Qismina) yang amat menyukai seorang pemuda bernama Areeq (Fattah Amin). Areeq merupakan pemilik sebuah coffeehouse; Duncan CoffeeHouse. Hampir setiap hari Luna akan ke Duncan CoffeeHouse, hanya untuk melihat jejaka impiannya dari jauh namun tidak pernah berani memulakan perbualan dengan si pemilik kedai. Setiap kali Luna bertentang mata dengan Areeq atau Areeq berada terlalu dekat dengannya, gadis itu akan jatuh pengsan seakan-akan terkena panic attack. Rupa-rupanya pemuda itu memang sudah lama wujud dalam hidupnya, bertitik mula dengan sebuah layang-layang merah jambu.

Suatu malam, takdir memaksa Luna mengetuk pintu Duncan CoffeeHouse dan memulakan perbualan dengan si empunya kedai. Dari situ, insiden demi insiden menemukan Luna dengan jejaka impian lebih kerap. Dan tidak semena-mena, Areeq juga telah mengilhamkan menu Pink Smile dengan menjadikan gadis pelik yang datang ketuk pintu kedainya tengah malam itu, kerana perkara pertama yang dia ingat tentang gadis itu ialah senyumannya yang menampakkan baris giginya dengan pendakap gigi warna merah jambu.

Salah faham menjadikan hati Luna hancur dan dia mula cuba ingin melupakan Areeq tetapi tak pernah berjaya. Ada sahaja yang memaksanya untuk berhadapan dengan Areeq. Dan apabila salah faham itu usai, muncul pula Akif, sahabat karib Luna yang kembali membawa cinta yang selama ini tidak disedari mengakar sudah agak lama, cuma Akif yang kerap menafikannya. Tapi Luna tidak pernah mempunyai perasaan yang sama untuk Akif, sejak dulu lagi. Akif hanya dianggap sebagai seorang sahabat.

Areeq yang lambat sedar dia sebenarnya jatuh suka pada Luna akhirnya menunjukkan rasa cintanya hari demi hari. Ada sahaja alasan yang dia reka untuk menghabiskan masa dengan Luna. Luna yang merasakan semuanya itu mustahil kerap menolak kenyataan bahawa Areeq mungkin menyimpan perasaan yang sama padanya kerana tidak mahu kecewa. Pelbagai insiden mencuit hati antara dia dan Areeq membuatkan Luna terus dibuai pelbagai rasa. Dan sebaik semuanya jelas nyata, perasaan yang disimpan kemudian sama-sama diluahkan dan mereka mendapat bahagia sebagai pengakhiran.

Tonton Kesemua Episode Drama Pink Smile Secara Online Melalui Channel Drama Sangat

Waktu Tayangan

Drama Pink Smile mula ditayangkan pada 31 Julai 2020 yang lepas dengan 20 episode keseluruhannya. Melalui slot Lestary, anda boleh tonton di TV3 setiap rabu hingga jumaat pada jam 9 malam. Jika anda tidak berkesempatan untuk tonton di di TV3, anda boleh tonton di Youtube Drama Sangat Official, sejam selepas tayangan di kaca TV.

Tonton Semua Episode Penuh Drama Pink Smile

– Tamat –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here