- advertisement -

Peminat filem seram pastinya tertunggu-tunggu filem terbaru berjudul Rumah yang akan mula ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia mulai 24 Februari 2022 ini.

BACA : Saksikan Filem Syahadan Di Pawagam Bermula 17 Februari 2022

Tambahan lagi, kali ini kita dapat lihat kembali lakonan hebat daripada primadona filem melayu iaitu Erra Fazira yang memegang watak Maya dalam filem ini yang jarang kita dapat lihat beliau beraksi dalam naskhah seram.

Antara misi utama bagi filem ini adalah untuk mengetengahkan perjuangan ibu tunggal di mata masyarakat dan cabaran yang terpaksa dihadapi mereka dalam membesarkan anak-anak

- advertisement -

Tayangan : Pawagam
Pengarah : Kay
Cerita & Lakon Layar : Kay
Skrip : Ayez
Produksi : Mojo Projects Sdn. Bhd.

rumah

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem Rumah ialah Erra Fazira, Puteri Balqis, Mak Jah, Sofea Shaheera, Asward Naslim, Shyrim, Riki Rikando,  Iswadi, Mohd Afifi, Gusion Lal, Mashanum, Mell Adnan dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Rumah

Filem Rumah berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang cuba memberikan kesenangan dan keselamatan untuk anak perempuannya. Maya (Erra Fazira), ibu tunggal kelas pertengahan yang bekerja keras untuk anaknya Bella (Puteri Balqis).

Di sebalik cabaran yang mereka hadapi dalam hidup, Maya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak perempuannya dan terus mencari rumah untuk diri mereka sendiri.

Pencarian membawa mereka ke rumah teres lot tengah di bawah harga pasaran yang mereka beli tanpa berfikir panjang dan seramnya bermula.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Rumah yang akan bersiaran di pawagam terpilih seluruh Malaysia mulai 24 Februari 2022 iaitu pada hari Khamis.

Senarai pawagam terpilih seluruh Malaysia yang menayangkan filem Rumah.

rumah
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here