Anda pernah terfikir tak, jika satu hari nanti anda boleh tonton filem hitam putih P. Ramlee dalam versi warna? Berhenti berfikir, anda kini dah boleh tengok filem-filem tersebu dalam versi warna tau.
Rasanya di Malaysia bila tanya filem hitam putih apa yang best dan menarik untuk ditonton. Pastinya jawapan spontan yang keluar adalah filem-filem P. Ramlee yang pastinya semua dalam mod hitam putih kerana ianya diterbitkan pada zaman 50 ke 60-an.
Ketika itu, teknologi tidak lagi secanggih kini yang mampu merakam video dalam versi warna dan kualiti tinggi pula. Tetapi kesemua kualiti ini tidak sedikit pun menenggelamkan kualiti jalan cerita filem itu sendiri. Filem P. Ramlee ni tak sah kalau tak tengok lebih dari 5 kali kan.
BACA : Sebuah lagi Telefilem Hebat Daripada TV3. Tonton Dan Strim Kasih Tau Foo Fah
Tapi agak-agak kalau filem ini versi warna adakah hype pada cerita itu akan berlainan atau kurang? Tiba-tiba anda tonton filem P. Ramlee dalam versi warna. Best ke berbanding versi hitam putih atau ianya sekadar warna sahaja?
Tonton Filem P. Ramlee Dalam Versi Warna
Nak tahu jawapan tersebut, anda kena tengok sendiri. Ya, ada sorang youtuber telah melakukan editing dan mewarna secara digital kepada filem-filem terkenal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Saudara Ariff Ishak telah mewarna mengikut logik akal fikiran beliau sahaja dan mengikut situasi semasa sahaja. Ianya bukanlah warna yang betul ketika pengembaraan pada masa tersebut dijalankan.
Anda boleh pergi ke Youtube Ariff Ishak untuk tonton filem-filem P. Ramlee dalam versi warna. Setakat ini terdapat 20 filem yang terkenal sudah ditukar versi warna dan akan terus di kemaskini dari semasa ke semasa.
Antara filem yang disenaraikan adalah Madu 3, Bujang Lapok, 3 Abdul, 6 Jahanam, Ahmad Albahb, Masam-Masam Manis, Keluarga 69, Seniman Bujang Lapok, Anak Bapak, Laksamana Do Re Mi dan banyak lagi.
Jadi agak-agak lepas tengok ni, mod tonton filem hitam putih lebih best ke atau versi warna best atau tiada beza?
Bagi admin, kena tengok black n white juga lagi best
Best gak tgok dlm warna. Baru ada feel..
menarik..boleh tgk dlm warna..tq sharing 🙂