- advertisement -

WeTV Malaysia kini membawakan anda sebuah filem tempatan, Gol & Gincu 2 yang boleh ditonton di platform tersebut secara percuma bermula Februari 2021. Bagi semua peminat filem yang tidak sempat menonton di pawagam tahun 2018 sebelum ini, jangan risau, anda kini boleh tonton secara sah disini.

Filem Gol & Gincu 2 merupakan sebuah filem drama sukan yang juga kesinambungan dari filem Gol & Gincu yang ditayangkan pada 2005. Filem ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan merupakan terbitan Redfilms.

BACA : Info Dan Sinopsis Filem Petaka (Astro First)

Antara barisan pelakon asal yang terlibat semula termasuk Fazura, Sharifah Amani dan Sazzy Falak. Manakala pelakon lain yang menjayakan filem ini seperti Diana Danielle, Ummi Nazeera, Aedy Ashraf, Syafiq Kyle dan ramai lagi.

- advertisement -
gol & gincu 2

Sinopsis Filem Gol & Gincu 2

Sinopsis filem Gol & Gincu 2 menceritakan watak Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera), 2 pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain.

Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?

Waktu Tayangan

Anda kini boleh mula strim filem Gol & Gincu 2 secara percuma pada bila-bila masa di laman web WeTV Malaysia di www.wetv.vip atau melalui aplikasi WeTV yang boleh dimuat-turun secara percuma di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here