Selepas tayangan drama Dia Bidadari Dari Syurga, kini drama terbaru Wasiat Dari Jordan akan menemui anda di TV Okey (RTM) bermula 14 November 2020.
Wasiat Dari Jordan yang bunyinya seakan berlakon di luar negara kan? Kalau nak tahu betul ke tidak, kena la tonton. Drama ini menampilkan pelakon seperti Aprena Manrose, Hazman Al Idrus, Badrul Muhayat dan ramai lagi.
Tayangan : 26 episod di TV Okey (RTM)
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penerbit : Qaiswork Production
Idea Asal : Yaya Abu Bakar
Pelakon : Aprena Manrose, Hazman Al Idrus, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fara Nadia, Nissa Rissa, Alif Muhaimin dan ramai lagi
Sinopsis Drama Wasiat Dari Jordan
Kisah Sumayah (Aprena Manrose) menjejaki Hamzah (Hazman Al Idrus) yang merajuk di bumi Jordan kerana sebuah wasiat keluarga manakala Fatimah (Fara Nadia) yang cuba menggagalkan segala perancangan Sumayah menyebabkan keadaan semakin sukar walaupun pertemuan sumayah dan Hamzah membibitkan cinta yang penuh konflik apabila wasiat tersebut akhirnya membongkar rahsia yang lebih besar.
Waktu Siaran
Drama Wasiat Dari Jordan menemui penonton mula 14 November 2020. Ianya akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Ahad, jam 10 malam hanya di TV Okey (Astro CH146/MYTV 110). Jika terlepas, anda boleh tonton di myklikrtm secara online pada bila-bila masa.
Tonton Semua Episod Drama Wasiat Dari Jordan
Wasiat Dari Jordan Episod 26 (Episod Akhir)