Peminat drama komedi Mafia, jangan lupa saksikan siri sambungan Keluarga Baha Don 2 eksklusif di platform Viu.
Keluarga Baha Don kini sudah memasuki musim kedua yang telah mula ditayangkan bermula 3 Disember yang lalu. Musim pertama sebelum ini, siri Viu Original ini berjaya memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia sekali gus menarik sebilangan besar peminat dengan menonton siri ini.
Musim ke-2 ini merupakan sekuel daripada musim pertama sebelum ini yang masih memperlihatkan barisan pelakon yang sama seperti Jihan Muse, Khir Rahman, Remy Ishak dan ramai lagi
Tayangan : 10 episod hanya di platform penstriman Viu
Pengarah : Kye Fariz @Syed Fariz Syed Khairuddin
Pelakon : Remy Ishak, Jihan Muse, Khir Rahman, Mark Adam, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Melissa Campbell, Tony Eusoff, Amy Mastura, Azman Hassan dan Marsha Milan


Sinopsis Drama Siri Keluarga Baha Don 2
Dramai siri Keluarga Baha Don musim ke-2 ini memaparkan memaparkan kisah mereka yang tergantung dalam episod akhir musim pertama lalu, di mana Jo (lakonan Remy Ishak) menyedari bahawa ayahnya, Baha Don (Othman Hafsham) mungkin masih hidup.
Waktu Tayangan
Kepada yang mengikuti drama siri musim pertama, jangan lupa untuk saksikan Keluarga Baha Don 2 yang akan dikeluarkan pada setiap Khamis hanya di Viu. Download aplikasi Viu [Android | iOS] atau melalui laman web www.viu.com
Episod 1-3 anda boleh saksikan di Viu secara percuma, tetapi untuk episod seterusnya, anda perlu dapatkan akaun premium dengan harga serendah RM12.90 sebulan. Selain itu, anda boleh tebus menggunakan kod VIU7HARI di Viu dan dapatkan akaun premium untuk 7 hari.