- advertisement -

Astro bawakan sebuah drama tempatan terbaru untuk tahun 2021 bertajuk Sihir yang telah pun mula ditayangkan pada 1 November 2021 yang lalu di saluran Astro Ria.

Drama Sihir juga membawakan genre seram seperti drama sebelumnya iaitu Malaysian Ghost Stories. Tetapi kisah kali ini lebih kepada kisah amalan syirik yang masih dilakukan oleh segelintir masyarakat.

Episod : 20
Pengarah : Michael Ang, Kamal Adli, Hun Haqeem dan Azmir Affandi
Konsep Asal : Michael Ang dan Syawal Azrai Mokhtar
Penulis Skrip : Rahim Ramli dan Nadia Khan
Penerbit : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.
Pelakon : Kamal Adli, Hun Haqeem, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Zarynn Min, Katalina, Ellyas, Mohamad, Fiza Thomas, Farah Ahmad, Azmir, Makwan dan ramai lagi

drama sihir

Sinopsis Drama Sihir

Drama Sihir mengisahkan tentang pasangan kembar bernama Nuh (Kamal Adli) dan Hud (Hun Haqeem) yang mempunyai kelebihan deria keenam.

- advertisement -

Mereka berdua cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka dengan kelebihan yang mereka perolehi tersebut.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

  • drama sihir
  • drama sihir
  • drama sihir

Waktu Bersiaran

Drama Sihir bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 11.00 malam di saluran Astro Ria bermula 1 November. Selain itu, boleh strim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here