- advertisement -

Bagi peminat drama islamik tayangan di TV Alhijrah, kini sebuah lagi drama terbaru berjudul Sepi Itu Pasti yang mengisi slot Qalbu bagi menggantikan Ustazah Robotik bermula 21 Disember 2021.

Sebuah drama mengisahkan seorang lelaki yang ingin kembali menjadi manusia yang baik dibintangi oleh pelakon popular Malaysia seperti Dini Shaztman, Husna Mustaffa dan Syafiq Sahli

Episod : 13
Pengarah : MP Roslin MD Shariff
Penulis Skrip : Sharifah Faniza Said Yeop
Penerbit : Dato’ Zawati Abd Rahman & Dato’ Suhaimi Sulaiman
Produksi : Dzar Global Holdings Sdn. Bhd.
Pelakon : Dini Shaztman, Husna Mustaffa dan Syafiq Sahli, Mardiana Alwi, Rosnah Johari, Qistina Khaled, Qazeem Nor, Adam Malek, Sheera Edora, Razak Ahmad dan ramai lagi

  • Dini Shaztman sebagai Zack
  • Husna Mustaffa sebagai Nadia
  • Syafiq Sahli sebagai Affandi
sepi itu pasti

OST Drama

Tajuk : Wanita
Penyanyi : Kucaimars
Penulis Lirik : Shamin Nazri, Rudy Nastia
Komposer : Shamin Nazri, Rudy Nastia

- advertisement -

Sinopsis Drama Sepi Itu Pasti

Drama Sepi Itu Pasti mengisahkan Zack yang mahu keluar dari zaman gelapnya namun dia menghadapi kesukaran dan berperang dengan emosinya sendiri apabila dia menyangka semua manusia membencinya.

Zack berazam untuk keluar berbakti dan membantu masyarakat dengan menyertai Dapur Kita. Dia mahu membersihkan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya namun dia masih perlu berhadapan dengan orang- orang yang memandang hina terhadapnya selama ini.

sepi itu pasti

Waktu Bersiaran

Drama bersiri terbaru Sepi Itu Pasti akan bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6.00 petang di slot Qalbu TV Alhijrah.

Anda boleh dapatkan info lanjut menerusi laman web www.tvalhijrah.com

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here