Jangan lupa untuk saksikan drama bersiri Janda Kosmopolitan yang merupakan antara drama yang mendapat sambutan menerusi saluran Awesome TV di MYTV.
Drama ini telah mula disiarkan pada awal Ogos 2020 yang lepas. Sejak daripada itu, drama ini semakin hari mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai terutamanya bagi peminat drama melayu tempatan seperti drama Janda Kosmopolitan.
Drama ini hanya disiarkan di Awesome TV di saluran 112, tetapi jika anda tidak mempunyai MYTV, anda boleh tunggu tayangan dikeluarkan melalui Youtube Awesome TV atau terus layari www.awesometv.my dan cari nama drama ini.
Tayangan : Awesome TV (CH 112)
Pengarah : Harris Fadzillah
Pelakon : Rozita Che Wan, Ziana Zain, Dato’ Ziela Jalil, Marissa Yasmin, Ifa Raziah, Liza Abdullah, Azar Azmi, Diana Danielle, Norman Hakim, Rashidi Ishak, dan ramai lagi
BACA : Saksikan Drama Ryan Aralyn Melalui Slot Akasia Di TV3 Mulai 25 September 2020
Sinopsis Drama Janda Kosmopolitan
Drama Bersiri Janda Kosmopolitan mengisahkan KELAB JANDA METROPOLITAN yang baru ditubuhkan bertujuan untuk menjaga hak dan melindungi kaum hawa daripada golongan yang tidak bertanggungjawab. Penubuhan Kelab telah dirasmikan oleh Presidennya Puan Sharifah Salmiah. Dalam ucapannya beliau memaklumkan bahawa objektif penubuhan Kelab adalah untuk menjaga maruah kaum janda dan syarat-syarat menjadi ahli. Cogan katanya “Life Must Goes On”.
Jadi drama ini mengisahkan sekumpulan janda yang mewujudkan kelompok mereka sendiri bagi membantu dan menangani masalah sesama mereka, terutamanya yang melibatkan lelaki. Saksikan ragam mereka di dalam drama Janda Kosmopolitan
Waktu Tayangan
Drama Janda Kosmopolitan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu pada jam 8 malam hanya di Awesome TV di saluran 112 di MYTV. Selain itu anda boleh tonton di website rasmi Awesome TV atau Youtube Awesome TV untuk kesemua 26 episod secara percuma.
Tonton Semua Episod Drama Janda Kosmopolitan
Episod 1 Episod 2 Episod 3
Episod 4 Episod 5 Episod 6
Episod 7 Episod 8 Episod 9
Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18
Episod 19 Episod 20 Episod 21
Episod 22 Episod 23 Episod 24
Episod 25 Episod 26 (Akhir)