Slot Akasia diteruskan lagi dengan sebuah drama terbaru melayu tempatan berjudul Harith Fayyadh yang akan bersiaran bermula 1 April 2022 di TV3 dan laman penstrimrn Disney+ Hotstar bagi menggantikan Sayang Tak Dikenang.
Drama arahan Ayie Mustafa ini menampilkan gandingan empat pelakon utama yang sama-sama hebat iaitu Nad Zainal, Hafidz Roshidi, Adam Lee dan pelakon baru Cahaya Nilam.
Harith Fayyadh merupakan drama original dengan idea asal daripada Mama Bella dengan nukilan skrip bersama Dr. Mohd Shahremy Ikmal yang diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd.
Episod : 15
Tayangan : Slot Akasia & Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Ayie Mustafa
Idea Asal : Mama Bella
Penulis Skrip : Mama Bella & Dr. Mohd Shahremy Ikmal
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam drama Harith Fayyadh ini ialah Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Badrul Muhayat, Shamsul Ghau Ghau, Zoul Muhammad, Fauziah Nawi, Ameerul Asyraf dan ramai lagi
- Hafidz Roshdi sebagai Harith
- Adam Lee sebagai Fayyadh
- Nad Zainal sebagai Sarah
- Cahaya Nilam sebagai Vivy
- Julia Farhana sebagai Shila
- Hasnul Rahmat sebagai Kamal
- Dynas Mokhtar sebagai Arisa
- Fauziah Nawi sebagai Dato’ Ainon
- Ameerul Asyraf sebagai Adam
OST Drama
Tajuk Lagu : Restu
Penyanyi : Ikhwan Fatanna
Lirik : Ikhwan Fatanna
Komposer : Ikhwan Fatanna
Sinopsis Drama Harith Fayyadh
Drama Harith Fayyadh mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Harith dan Fayyadh yang mana mereka dihimpit konflik dan konspirasi angkara harta warisan keluarga.
Harith dibenci oleh ibunya sendiri, Arisa kerana arwah suaminya Bakri yang telah mencuranginya sebelum ini. Arisa sepertinya seakan nampak bayangan Bakri pada wajah anaknya, Harith.
Dato Ainon gembira cara Kamal melayan Harith yang tidak sempat merasa kasih sayang daripada seorang ayah. Oleh itu, Dao Ainon mahukan Harith dan Fayyadh mengambil alih perniagaanya.
Namun begitu, mereka lebih memilih haluan masing-masing dimana Harith memilih bidang agama manakala Fayyadh lebih cenderung kepada bidang glamor.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama Harith Fayyadh mulai 1 April ini, setiap hari Isnin hingga Ahad (setiap hari) pada pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan platform penstriman Disney+ Hotstar.
Selepas 7 episod, drama ini akan bertukar ke slot Samarinda iaitu pada jam 10.00 malam di saluran TV3.
Selain itu, anda boleh tonton secara online di hotstar.com/my atau menerusi aplikasi Disney+ dengan langganan RM54.90 untuk tempoh 3 bulan yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.