Jika anda peminat drama Dia untuk tahun 2021, sekarang TV3 ada siarakan secara ulangan di TV3 pada pukul 3 petang setiap Isnin hingga Khamis untuk kesemua 60 episod. Ianya telah mula dimainkan sejak 8 Disember 2020 yang lepas.
BACA : Tonton Drama Bicara Cinta Melalui Slot Samarinda Di TV3 Dan Strim Secara Online
Drama Dia menampilkan pelakon Idonesia, Irwansyah sekali gus dapat menarik minat penonton jiran bagi menonton drama ini.
Pelakon Dan Produksi
Drama Dia menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Irwansyah, Izara Aishah, Ady Putra, Sandrinna Michelle, Kevin Andrean, Emma Maembong, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Drama ini merupakan arahan 3 pengarah iaitu Eoon Shuhaini, Omar Olly Alaydrus dan Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh Dato’ Sri Jaspal S. Korotana deng syarikat OrangeTree Production Sdn. Bhd.


Sinopsis Drama Dia
Adit (Irwansyah) tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda (Izara Aishah), anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban. Korbankan cintanya terhadap Aira (Janna Nick).
Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira. Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya.
Adit pula berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodoh antara pasangan suami isteri ini tidak bertahan lama apabila Emelda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung yang diberi nama Icha Aulia.
Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Adit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Adit, jelas kedatangan Adit membuatkan hatinya berantakan kerana Adit mahu menggapai semula hati Aira.
Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Adit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira?


Tonton Drama Dia
Selain di TV3, anda juga boleh boleh strim bila-bila masa di Youtube TV3 Malaysia. Anda boleh tonton kesemua 60 episod secara percuma. Anda juga boleh klik dibawah mengikut episod yang anda ingin tonton.
[…] Drama Vila Ghazara akan menemui penonton bermula 23 Mac 2021 melalui slot Telenovel di TV3. Drama ini merupakan ulang siar dimana ianya pernah ditayangkan pada tahun 2018 juga di TV3. Ianya bagi menggantikan drama 60 episod, Dia. […]