Sebuah drama terbitan TV3, Bicara Cinta telah menemui pentonton melalui slot Samarinda pada 21 September yang lepas. Selain di salurang TV3, anda juga boleh strim secara online di Youtube.
Drama Bicara Cinta adalah sebuah siri drama Melayu tempatan yang dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Adi Putra, Emma Maembong dan Azrel Ismail. Drama ini merupakan sebuah adaptasi dari novel terbitan 2017 bertajuk Bicara Cinta karya Missa J.
BACA : Saksikan Drama Ryan Aralyn Melalui Slot Akasia Di TV3 Mulai 25 September 2020
Tayangan : Slot Samarinda TV3 bermula 21 September 2020
Pengarah : Along Kamaludin
Pelakon : Adi Putra, Emma Maembong, Azrel Ismail, Beego, Balkisyh Samundur Khan, Syed Aiman, Khalida Balqis, Eizlan Yusof dan ramai lagi
Sinopsis Drama Bicara Cinta
Anis Sofea (Emma Maembong) kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Rais (Adi Putra) kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Rais hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.
Pada suatu hari, Rais tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.
Waktu Tayangan
Anda boleh saksikan drama Bicara Cinta bermula 21 September dengan 15 bilangan episod kesemuanya. Drama ini akan ditayangkan melalui slot Samarinda di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Selain itu, anda boleh strim kesemua episod melalui Youtube Drama Sangat secara percuma.