Bagi peminat drama melayu, melalui Astro RIA, anda disajikan dengan drama terbaru bertajuk Pelindung Seorang Puteri melalui slot Megadrama.
Drama yang diadaptasi daripada novel Pelindung Seorang Puteri karya Mia Kiff kini dikeluarkan di kaca tv juga melalui tajuk yang sama. Drama ini diterbitkan bagi menggantikan drama sebelumnya iaitu Chandelier.
BACA : Saksikan Telefilem Cerai Pada Sabtu, 7 November 2020 Di Astro Citra
Drama ini juga pastinya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana memberiskan barisan pelakon handalan seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan Sharnaaz Ahmad.
Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri
Antara pelakon yang terlibat adalah Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Nadiyah Shahab, Haris Ismail, Haleeda Mazlin, Jasmine Suraya,Noreen Iman, Juliana Evans, Arash Mohd dan ramai lagi. Pastinya memberikan drama yang hebat dengan barisan pelakon tersebut.
Saiful (Farid Kamil) menuntut janji ingin berkahwin dengan Rose (Lisa Surihani). Melihatkan kesungguhan lelaki itu, Rose terbuka hati menerimanya sebagai suami. Selepas berkahwin, ibu mentuanya, Mak Dak Liza (Haleeda Mazlin) masih menunjukkan rasa benci terhadap Rose atas punca yang dia sendiri bingung. Manakala Saiful pula mula bersikap aneh tanpa disangka-sangka. Serentak dengan itu, muncul Hazril (Sharnaaz Ahmad) yang menjadi pelindung buat diri Rose. Mampukah Rose mempertahankan rumah tangga yang dibini atau mimilih untuk berundur?
Waktu Tayangan
Drama arahan Yusry Abdul Halim ini telah ditayangkan bermula 28 Julai 2020. Anda boleh tonton di Astro RIA dan RIA HD pada setiap isnin hingga khamis pada pukul 10 malam dengan jumlah 16 episode. Anda juga boleh saksikan secara online melalui aplikasi Astro Go dan On Demand