- advertisement -

Jangan lupa untuk tonton di TV3 atau strim secara online program terbaru Immortal Song dengan tagline “Lagu Lama Menyengat Semula”

Program nyanyian ini diadaptasi daripada program Korea Selatan dimana mempertaruhkan sebuah lagu daripada seorang ikon lagenda tersebut dalam persembahan dalam versi yang tersendiri bagi menyanyikan semula lagu ikon lagenda tersebut. Jadi ini adalah Immortal Songs Malaysia.

Persembahan para penyanyi akan dinilai oleh lapan orang juri dari kalangan pihak media selepas setiap persembahan. Skor maksimum bagi setiap persembahan adalah sebanyak 800 mata. Penyanyi yang berjaya mendapat skor tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang dalam setiap episod. Selain itu, ada juga undian secara online dengan klik di pautan ini.

Program Terbaru TV3, Immortal Songs

Program hiburan ini akan disertai oleh orang enam penyanyi tempatan yang datang dari pelbagai latar belakang dan genre muzik yang akan membuat penampilan di dalam rancangan ini beserta seorang ikon lagenda.

- advertisement -

Immortal Songs telah mula bersiaran bermula pada 30 Ogos yang lepas dan akan berlangsung selama 7 episod. Anda boleh tonton pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 atau strim secara online di Tonton

Tonton Dan Strim Secara Online Immortal Song Rancangan Baharu Daripada TV3 "Lagu Lama Menyengat Semula"

Antara ikon lagenda yang terlibat dan lagu mereka akan diubah ialah Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latif, Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk M Nasir dan Fauzi Marzuki. Manakala barisan penyanyi yang menyertai Immortal Songs ini ialah Hael Husaini, Naim Daniel, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Amir Masdi, Aman Aziz dan ramai lagi.

Selain itu, program ini akan diserikan lagi dengan seorang pengacara dihadapan iaitu Ain Edruce bersama-sama pengacara dibelakang pentas iaitu Fad Bocey, Amy Mastura dan Bos Susu pastinya.

BACACara Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara Percuma

Jadi lagu manakah yang berjaya menyengat semula apabila diubah tetapi lirik masih dikekalkan? Adakah jadi lebih enak didengar atau semakin buruk? Kena tengok la setiap episod Immortal Songs ni. 

Jika anda tidak berkesempatan, anda boleh striming di Youtube TV3 Malaysia Official secara percuma

Strim Secara Online Program Immortal Songs

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here