- advertisement -

Telefilem ahad kembali lagi, kali ini menerusi telefilem Kuba Guling Karipap Pusing yang akan ditayangkan di Awesome TV.

Telefilem yang menampilkan pertembungan antara 2 kuih tradisional melayu yang dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Rozita Che Wan, Catriana Ros dan Azlee Khairi. Apalah yang digaduhkan bersama dengan kuih-kuih ini kan.

BACA : Saksikan Telefilem Rindu Atok Di Awesome TV

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Azlee Khairi, Rozita Che Wan, Ezad Lazim, Catriona Ross, Kazar, Razak Ahmad, dan ramai lagi.

- advertisement -

Produksi

Telefilem Kuba Guling Karipap Pusing diterbitkan oleh Dato Ziela Jalil dengan terbitan Pena Creative Pictures. Telefilem ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan idea asal daripada Anne Abdullah dan skrip daripada Azal Ezreen.

kuba guling karipap pusing

Sinopsis Telefilem Kuba Guling Karipap Pusing

Mengisahkan pertelingkahan antara dua orang wanita akibat salah faham. Seorang wanita yang berniaga kuih di sebuah gerai membantu seorang wanita lain dengan mengambilnya sebagai pembantu dan akhirnya pembantunya memulakan perniagaan bersamanya.

Salah faham mula berlaku apabila kuih yang diperkenalkan mula mendapat perhatian ramai dan wanita yang dibantunya berkawan dengan lelaki yang selama ini menjadi pujaannya. Bagaimana kesudahannya, jangan lupa saksikan telefilem ini di Awesome TV

Waktu Siaran

Telefilem Kuba Guling Karipap Pusing akan menemui penonton pada 24 Januari 2021, hari Ahad, pukul 9.30 malam di Awesome TV menerusi salurang MYTV 112 dan Astro 123. Jika anda terlepas, boleh juga saksikan di website www.awesometv.my

Tonton Telefilem Kuba Guling Karipap Pusing

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here