Malam final Maharaja Lawak Mega telah tiba dan juga telah melabuhkan tirainya apabila menobatkan kumpulan Tiro (Danial, Sharif dan Syaiful) sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2021 apabila menawaskan 4 kumpulan yang lain.
Malam final para peserta telah diberi 2 tugasan untuk disampaikan dihadapan juri dan para penonton iaitu tema bebas dan muzikal yang pastinya menjadi tema favourite para peserta.
Selain menunggu keputusan siapakah pemenang MLM2021, kita juga tertunggu-tunggu siapakah gerangan disebalik Sang Bara yang juga menjadi juri tetap bersama 4 juri yang lain iaitu Dato Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Hujan dan Uqasha Senrose.
Mungkin tekaan anda tepat atau tersasar. Pada malam final tersebut, kita telah dikejutkan apabila sebenarnya Sharnaaz Ahmad adalah disebalik Sang Bara untuk 10 minggu.


Senarai Pemenang Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021)
Program Maharajaya Lawak 2021 telah disertai oleh 11 peserta dan mereka berentap selama 10 minggu dan akhirnya hanya 5 sahaja yang berjaya sampai ke pusingan akhir iaitu TIRO, BAHYA, PUTEH, BORO dan TOBAT.
Juara – TIRO
Naib Juara – PUTEH
Tempat Ketiga – BORO
Tempat Keempat – BAHYA
Tempat Kelima – TOBAT
Tiro sebagai juara telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 berserta trofi diikuti dengan PUTEH bersama hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 juga bersama trofi.
Manakala kumpulan BORO meraih hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 dan diikuti BAHYA (Tempat Ke-4) dan TOBAT (Tempat Ke-5) yang mana masing-masing dengan RM50,000 dan RM15,000.
Maharaja Lawak Mega 2021 telah bersiaran secara langsung daripada Putrajaya Internation Convention Centre (PICC) menerusi saluran Astro Warna pada setiap hari jumaat jam 9.00 malam juga menerusi aplikasi Astro Go.