- advertisement -

Sebelum anda tayangkan filem luar negara di hadapan keluarga, adalah lebih baik anda check atau semak dahulu ada ke tidak adegan atau babak lucah yang dimainkan di dalam filem tersebut.

Perkara ini penting, jika anda ingin tayangkan di depan kanak-kanak bawah umur yang bagi mereka babak ini sangat tidak sesuai apabila didedahkan pada peringkat awal. Jadi anda kena pastikan dahulu ada ke tidak babak sedemikian.

- advertisement -

Adegan lucah atau 18sx ini menjadi perkara biasa di dalam sebuah filem Hollywood terutamanya. Mungkin dengan tahap yang berbeza. Adegan bercumbu juga sebenarnya tidak sesuai untuk budaya Malaysia lagi-lagi kanak-kanak bawah umur kan. Untuk filem tempatan pastinya tiada, kalau ada pun, dah kena cut dengan FINAS kan.

Mungkin budaya mereka merasakan ianya perkara biasa yang hanya sekadar melepaskan kasih sayang. Tapi di Malaysia kita tidak mengamalkannya di tempat terbuka lagi-lagi untuk orang Islam kan.

Oleh itu, kalau anda ada filem ke tv siri atau apa-apa cerita Hollywood yang ditayangkan di depan keluarga, apa kata anda semak dahulu dalam cerita tu ada adegan lucah atau seksi atau tidak. Adalah lebih baikkan.

Cara Semak Babak Dan Adegan Lucah Dalam Filem Hollywood

Ianya sebenarnya tidak terhad kepada filem Hollywood je, mungkin filem-filem Korea ke Jepun atau mana-mana negara sekali pun. Anda boleh semak dengan ikuti langkah dibawah.

BACABerita Baik! Justice League Snyder Cut Akan Ditayangkan Di Malaysia Melalui HBO GO

Anda boleh semak adegan 18SX tersebut melalui laman web www.imdb.com

Kemudian anda ‘search’ dalam kotak pencarian nama filem tersebut. Sebagai contoh; Justice League 2017

Tips Dan Cara Semak Babak Lucah Dalam Sesebuah Filem Sebelum Mainkan Di Depan Keluarga

Kemudian anda scroll ke bawah dan cari “Parents Guide” dan klik pada “View content advisory”. Akan dipaparkan senarai adega yang berkaitan

Sebenarnya disini anda boleh semak bukan sahaja adegan lucah tetapi beberapa kategori lain seperti alkohol, keganasan, dadah, merokok dan beberapa lagi. 

Jika untuk adegan lucah adalah pada bahagian “Sex & Nudity”. Ianya akan disenaraikan semua adegan yang membawa kepada lucah sama ada tahap tiada, ringan, sederhana atau teruk. Jadi kalau anda rasa sesuai, boleh la tunjuk. Kalau tak sesuai, buka la filem lain je. Justice League ni ok je…

Semoga bermanfaat…

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here