- advertisement -

Program The Masked Singer Malaysia (TMSM) kini kembali untuk musim kedua dimana bakal menampilkan 14 peserta yang terdiri daripada selebriti tanah air berentap dalam pertandingan nyanyian dimana identiti mereka disorok disebalik topeng.

BACA : Tonton The Masked Singer Malaysia Di Astro Dan Strim Percuma Di Astro GO

Program ini masih mengekalkan format asal rancangan dari Korea iaitu The King Of The Mask yang mana turut diadaptasi bagi negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat dan termasuk Malaysia.

Para peserta akan bertanding selama 10 minggu dimana mereka akan diadili oleh barisan juri. Peserta yang berada di tanggan tercorot akan tersingkir sekali gus akan didedahkan identiti mereka disebalik topeng.

- advertisement -

Untuk musim kedua ini, terdapat 9 juri tetap yang akan mengadili kesemua peserta iaitu Datuk Aznil Hj. Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Sementara itu, Datuk AC Mizal dikekalkan yang mana bertindak sebagai hos program berkenaan.

14 Peserta The Masked Singer Malaysia 2 Untuk Tahun 2022

Kesemua 14 peserta yang bertanding terdiri daripada pelbagai latar belakang seni seperti pelakon, penyanyi, pelawak, personaliti televisyen termasuklah atlet sukan.

Mereka semua akan dipakaikan kostum unik setiap minggu iaitu Nanas, Mat Penyu, Bujang Senang, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Aiskrim Roti, Periuk Kera, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.

the masked singer malaysia

The Masked Singer Malaysia Tahun 2022

Jadi jangan lupa untuk saksikan program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua yang bakal bersiaran mulai 28 Januari 2022, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna (107) dan Astro Go.

Keputusan Mingguan

Minggu 1

Peserta tersingkir : Harum Manis
Identiti : Ray ERA
Bidang : Penyampai Radio ERA Fm
Klu : Jarum jam menunjukkan pukul 5 pagi dan kemunculan Ayam Jantan bermaksud Harum Manis bangun awal pagi setiap hari untuk ke konti radio

Minggu 2

Peserta tersingkir : Nanas
Identiti : Keifli Othman
Bidang : Pelumba Kereta Profesional
Klu : Skor Markah 11, 14, 1 19 dan 73 melambangkan tarikh lahir Nanas iaitu 14 November 1973

Minggu 3

Peserta tersingkir : Pepatung
Identiti : Datin Seri Maria Farida
Bidang : Pelakon
Klu : Pepatung berjumpa dengan Men In Black di akhir babak bermaksud beliau telah menemui cinta sejati dan beliau merupakan seorang yang telah dimiliki

Minggu 4

Peserta tersingkir : Teh Tarik Kaw
Identiti : Sazali Samad
Bidang : Atlet Bina Badan Malaysia
Klu : ‘Akademi Teh Tarik Kaw since 2016’ merujuk kepada Akademi Sazali Samad yang dimilik oleh beliau sejak tahun 2016 di Cyberjaya

Minggu 5

Peserta tersingkir : Aiskrim Roti
Identiti : Iman Troye
Bidang : Penyanyi
Klu : Klu lesen memandu bermaksud Iman Troye pernah berselfie bersama Pegawai Pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas lulus ujian memandu seperti yang pernah dikongsikan oleh beliau di laman Instagram

Minggu 6

Peserta tersingkir : Mat Penyu
Identiti : Zul Huzaimy
Bidang : Pelakon
Klu : Sambal tempoyak dan Rendang Tok melambangkan asal dan negeri kelahiran Mat Penyu iaitu negeri Perak

Minggu 7

Peserta tersingkir : Periuk Kera
Identiti : Reshmonu
Bidang : Penyanyi
Klu : Nasi lemak melambangkan tajuk filem lakonan Resh iaitu Nasi Lemak 2.0 yang dibintangi olehnya pada tahun 2011

Minggu 8 (Suku Akhir)

Peserta tersingkir : Bujang Senang
Identiti : Sabhi Saddi
Bidang : Penyanyi
Klu : Selasa merupakan hari Sabhi Saddi dilahirkan bersamaan dengan 4 September 1984 manakala 1404 ialah tahun Hijrah kelahiran beliau

Minggu 9 (Separuh Akhir)

Peserta tersingkir : Si Merak
Identiti : Sherry Ibrahim
Bidang : Pelakon
Klu : Sloth sejenis bergerak perlahan menjadi simbol kepada kelewatan penerbangann iaitu situasi yang selalu dialami oleh Sherry Ibrahim sewaktu beliau berkhidmat sebagai pramugari dahulu

Minggu 10 (Akhir)

Juara :
Naib Juara :
Tempat Ke-3

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here