Astro bawakan sebuah telefilem khas sempena Aidiladha bertajuk Terbuka Pintu Syurga yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 12.00 tengah hari di Astro Prima dan Astro Go.
Tayangan : Astro Prima 105
Tarikh : 10 Julai 2022 (Ahad)
Waktu : 12.00 Tengah Hari
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Opera Klasik Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Jalil Hamid, Norlia Ghani, Raja Azura, Rosnah Mat Aris, Dato’ Rahim Razali, Sabri Yunus, Aidit Noh, Rashid Sibir dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Jalil Hamid sebagai Pak Ali
- Norlia Ghani sebagai Mak Esah
- Dato’ Rahim Razali sebagai Pakwe
- Raja Azura sebagai Khatijah
- Sabri Yunus sebagai Yunus
- Aidit Noh sebagai Kamal
Sinopsis Telefilem Terbuka Pintu Syurga
Telefilem Terbuka Pintu Syurga mengisahkan tentang pasangan tua, Mak Esah dan Pak Ali yang dianiaya oleh anak sendiri kerana dendam. Bila sakit anak-anak taknak ambil peduli sama sekali.
Kemudian mereka dihalau dari rumah sendiri dan terpaksa merempat mencari perlindungan. Apakah yang terjadi dan kesudahan pada akhirnya?