Jangan lupa saksikan telefilem Selendang Putih pada 15 Mei 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telemovie yang bersiaran sempena Hari Ibu ini merupakan terbitan syarikat produksi Manggis Pictures Sdn. Bhd bersama Dream At Work Sdn. Bhd, diarahkan oleh Datuk Muhammad Razlan Ismail dan Jeep Rahim dengan penulisan skrip daripada Amin Shakib dan Shaza Talib.
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 15 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Amin Shakib & Jeep Rahim
Pengarah : Razlan Ismail & Jeep Rahim
Produksi : Manggis Pictures & Dream At Work


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie Selendang Putih seperti Fauziah Nawi, Lan Zailan, Fauzi Nawawi, Amyza Aznan, Zarul Umbrella, Marisa Yasmin, Abby Nadzri, Adam Shahz, Qazem Nor dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Fauziah Nawi sebagai Datin Hasnah
Sinopsis Telemovie Selendang Putih
Telemovie Selendang Putih mengisahkan tentang Datin Hasnah iaitu seorang ibu yang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada lima anak yang sedang menjalani kehidupan masing-masing.
Namun, usahanya tidak diterima seperti yang diharapkan. Setiap anak mempunyai masalah sendiri, sehingga hubungan antara mereka terganggu. Datin Hasnah sangat merindukan anak-anaknya dan berharap untuk mereka kembali bersatu.
Berjayakah tekad seorang ibu untuk membahagiakan keluarga dan keluarga ini bersatu kembali di bawah selendang kasih ibu?

