Jangan lupa saksikan telemovie Raju yang akan menemui penonton pada 5 Disember 2022, hari Isnin pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 5 Disember 2022 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi : SR Motion Pictures
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membitangi telefilem ini seperti Thieran Gabriel, Hasnul Rahmat, Syed Irfan, Fazlina Ahmad Daud, Susila Devi, Nita Krishnan, JC Lim dan ramai lagi.
Sinopsis Telemovie Raju
Telefilem Raju mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Rama dan Selamat dalam sebuah bot sedang memancing. Tiba-tiba sungai deras dan bot mereka karam, Selamat sempat berpaut namun Rama dihanyutkan arus deras dan dipercayai mati lemas.
Selamat bertanggungjawab menjaga Raju iaitu anak Rama dan kambing miliknya. Pada mulanya, isteri Selamat iaitu Timah enggan menerima Raju menjadi anak angkatnya kerana berlainan bangsa dan budaya namun Selamat bersungguh ingin menjaga Raju.



