Jangan lupa saksikan telemovie Qalbu yang akan menemui penonton pada 5 Disember 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di watch.tonton.com.my
Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 5 Disember 2022 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : K. Adlie
Pengarah Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Wan Maimunah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Faizal Hussein sebagai Kamal
- Fasha Sandha sebagai Marlia
- Fauzi Nawawi sebagai Toyu
- Aidil Aziz sebagai Syukri
- Nur Qistina Raisah sebagai Kasih
- Wan Maimunah sebagai Nenek
Sinopsis Telemovie Qalbu
Telemovie Qalbu mengisahkan tentang Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.
Kamal dipenjarakan atas kesalahan rasuah yang dirancang oleh isterinya, Marlia. Marlia memerangkap suaminya kerana ingin membolot kemewahan. Dua anaknya, Kasih dan Aiman hilang tempat bergantung kasih sayang kerana mereka rapat dengan Kamal.
Sepanjang Kamal dipenjarakan, Kasih dan Aiman sering didera oleh ibu mereka. Marlia sibuk menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri, akauntan di syarikat yang sama dengan Kamal.



