Jangan lupa saksikan telemovie Mingki yang akan menemui penonton pada 2 Disember 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di watch.tonton.com.my.
Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 2 Disember 2022 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Jumal Yunus
Pengarah : Fairoz Loy
Produksi : Skyline Pictures
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Norlia Ghani, Suraya Ghani, Ameerul Aysraf, Ali Fardeen, Haziq Rasidin dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Fauziah Nawi sebagai Nek Mah
- Zamarul Hisham sebagai Rahman
- Farahdhiya sebagai Maznah
- Fahrin Ahmad sebagai Suib
- Norlia Ghani sebagai Mak Teh
- Suraya Ghani sebagai Sue
- Ameerul Asyraf sebagai Salleh
Sinopsis Telemovie Mingki
Telemovie Mingki mengisahkan tentang Nek Mah yang tinggal sendirian di kampung bertemankan kucing kesayangannya Mingki selepas anaknya, Maznah berkahwin dengan Rahman. Sikap Maznah semakin berubah sejak berkahwin.
Jirannya, Mak Teh sering menjenguk dan bertanya khabar Nek Mah. Segala masalah Nek Mah akan ceritakan kepada Mingki dan Mak Teh. Suatu hari Nek sedih apabila Mingki mati selepas dia selesai solat subuh. Sejak itu Nek Mah murung seperti dia kehilangan anaknya dulu.
Rahman rasa kasihan melihat keadaan ibu mertuanya yang tidak ceria seperti dahulu. Disebabkan itu, dia menghadiahkan seekor kucing baharu kepada Nek Mah dan Nek Mah memberikan nama Mingki juga kepada kucing baharunya.
Namun anaknya, Maznah kurang senang dengan apa yang Rahman lakukan kerana duit pampasan Rahman tidak begitu banyak dan padanya tidak perlu untuk membeli benda yang tidak berfaedah.



