- advertisement -

Jangan lupa saksikan telemovie Esok Untuk Kita yang akan menemui penonton semula pada 23 Disember 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di watch.tonton.com.my

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 23 Disember 2022 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Idea Asal : Adza Irdawati
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Isma
Produksi : Kembara Sufi Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Beto Kusyairy, Sara Ali, Uqasha Senrose, Sharul Kamal, Putri Qaseh, Rahisal Adanan, Zaibo, Raja Azmi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Uqasha Senrose sebagai Zulia
  • Beto Kusyairy sebagai Hisyam
  • Sara Ali sebagai Khalisya
  • Sharul Kamal sebagai Yusoff
  • Putri Qaseh sebagai Naomi
  • Rahisal Adanan sebagai Khalid

Sinopsis Telemovie Esok Untuk Kita

Telefilem Esok Untuk Kita mengisahkan tentang Hisyam dan Zulia yang telah 7 tahun berumahtangga dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Naomi. Alangkah terkejutnya mereka apabila Zulia didiagnos mengidap kanser stage 2.

- advertisement -

Kini Zulia menyatakan “hasrat terakhirnya” supaya Hisyam memperisterikan Khalisya, sahabat baiknya. Demi menunaikan hasrat Zulia mereka berkahwin, dan Khalisya bersetuju untuk melakukan pembedahan bagi membuang kanser di ususnya.

Namun setelah selesai pembedahan itu Zulia tidak sedarkan diri dan berada di dalam koma. Beberapa bulan berlalu, Hisyam dan Khalisya telah berputik rasa cinta, tetapi mereka tidak sekali kali melupakan Zulia yang terlantar koma di hospital.

Dan dengan kuasa dan keajaiban dari Allah akhirnya Zulia tersedar dari koma dan bebas kanser. Hisyam, Khalisya dan Naomi gembira mendengar berita itu tetapi bukan Zulia. Zulia kini berhadapan dengan realiti untuk hidup bermadu bersama rakan baiknya sendiri.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here