Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan sekali lagi atau ulang siar telemovie Dosa Itu Bukan Miliknya yang akan menemui penonton pada 6 April 2022 dan kali ini menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Telemovie terbitan syarikat produksi Guam Teamwork Sdn. Bhd. ini merupakan naskah arahan Irwan Rauf dan hasil nukilan skrip oleh Naza Manas.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Irwan Rauf
Penulis Skrip : Naza Manas
Produksi : Guam Teamwork Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini ialah Aliff Aziz, Octovia Manrose, Puteri Adrianna, Firdaus Nadxaman, Aman Graseka, Rafidah Jaafar, Naim Shamshol dan ramai lagi.
- Aliff Aziz sebagai Fitri
- Octovia Manrose sebagai Munirah
Sinopsis Telemovie Dosa Itu Bukan Miliknya
Telemovie Dosa Itu Bukan Miliknya mengisahkan tentang Munirah seorang gadis remaja yang berkawan rapat dengan Fitri seorang budak lelaki yang agak lurus bendul.
Segalanya berubah apabila Munirah dipaksa berkahwin dengan Fitri setelah dia mengandung akibat diperkosa oleh ayahnya Rahim. Daripada seorang kawan dan kini bergelar suami isteri.
Namun keadaan itu tidak kekal lama kerana perasaan dan merasa bersalah, Munirah sering mencari pasal agar dia diceraikan oleh Fitri.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telemovie Dosa Itu Bukan Miliknya pada 6 April ini, hari Rabu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online striming di RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.