- advertisement -

Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah drama komedi romantik bertajuk Akak Traktor yang akan disiarkan di RTM TV1 melalui slot Panggung RTM pada 6 November 2021.

Ianya sebuah telefilem tempatan terbaru untuk tahun 2021 yang diarahkan oleh pengarah hebat Yusry Abd Halim dan dijayakan dengan pelakon lama dan baru termasuk Nynaa Harizal yang merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja.

- advertisement -

Tayangan : TV1
Pengarah : Yusry Abd Halim (KRU)
Skrip : Najmie Maziez Mazlan
Penerbit : Mariam Binti Salih
Produksi : Metro Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Ungku Hariz, Nynaa Harizal (Dewi Remaja), Tasha Shilla, Adam Shahz, Wan Nor Azlin, Zulkifli Ismail, Elji (Kilauan Emas) dan ramai lagi.

akak traktor

Sinopsis Telemovie Akak Traktor

Telefilem Akak Traktor mengisahkan watak Masitah (Nynaa Harizal) yang kini telah pulang ke kampung setelah menamatkan pengajiannya. Ayahnya, Mahmud dan ibunya, Aishah berharap Masitah akan mendapat pekerjaan untuk membantu keluarganya.

Sebaliknya, Masitah meminta kebenaran untuk mengambil tugas ayahnya mengambil upah membajak sawah dengan traktor walaupun dia mempunyai pendidikan tinggi.

Haji Kassim yang pada setiap musim mengupah Mahmud untuk membajak sawahnya tidak berpuashati dengan hasil kerja Masitah dan mendesak agar Masitah berhenti membawa traktor yang dilihat tidak sesuai untuk kaum wanita.

Kagum dengan kegigihan dan semangat kental Masitah, Khairul cuba mendekati Masitah dan ingin mengenali Masitah.

  • akak traktor
  • akak traktor

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan Akak Traktor pada hari Sabtu ini, 6 November jam 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online melalui laman web RTMKLIK di https://rtmklik.rtm.gov.my/

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here