Jangan lupa saksikan telemovie Abah yang akan menemui penonton pada 3 Disember 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Telefilem ini diinspirasikan daripada novel dengan tajuk yang sama “Abah” karya Tajul Zulkarnain dan kini diangkat ke layak perak.
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 3 Disember 2022 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin dan Suzana Ahmad
Pengarah : Isma Yusuf
Produksi : Meridian Interest Sdn. Bhd.
Tonton
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Beto Kusyairy, Wan Hanafi Su, Fatimah Abu Bakar, Nadia Aqilah, Nadhir Nasar, Firdaus Karim, Sharifah Sofia, Syed Irfan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Beto Kusyairi sebagai Radzi
- Wan Hanafi Su sebagai Abah
- Fatimah Abu Bakar sebagai Mardiah
- Nadia Aqilah sebagai Nadrah
- Nadhir Nasar sebagai Nukman
- Firdaus Kareem sebagai Burhan
Sinopsis Telemovie Abah
Setelah 10 tahun merantau ke luar negara, Along kembali ke kampung setelah dipujuk adiknya, Nukman. Nukman mahu Radzi melihat Abah mereka yang sakit dan mengalami stroke akibat sikap pentingkan diri Angah yang mahukan geran tanah Abah untuk dipajak.



