Jangan lupa saksikan telefilem Afundi Piring Bulat yang akan menemui penonton pada 10 September 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 atau secara online di Astro Go.
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 10 September 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Syed Ali Murtadha, Emma Maembong, Talha Harith, Alvin Chong, Camans Kong, Navein Mahendrannair, Hawra, Elmy Moin, Elvina Chua dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Afundi Piring Bulat
Telefilem Afundi Piring Bulat mengisahkan tentang Haikal yang terdesak nak tengok konsert Akademi Fantasia bagi saksikan salah seorang pelajar kegemaran program tersebut iaitu Joey tetapi dia tidak ada Astro di rumah.
Demi untuk tidak ketinggalan konsert Akademi Fantasia yang diadakan setiap minggu, Haikal, Bob dan Gopal menjalankan misi mencipta piring Astro sendiri. Tetapi dalam misi tersebut telah terjadi sesuatu kepada keluarga Pak Haji?
Apakah yang berlaku sebenarnya? Selain itu, dapatkan Haikal dan rakan-rakan mencipta piring Astro buatan sendiri tersebut?