Astro bawakan sebuah lagi telefilem komedi seram tonton hujung minggu anda iaitu Zombie Jarum Vaksin yang akan bersiaran pada 11 Disember 2021 bagi slot Citra Exclusive di saluran Astro Citra.
Menerusi penerbit yang sama, ianya juga membawakan konsep dan asas penceritaan yang sama seperti telefilem Saka MySejahtera sebelum ini iaitu mengisahkan tentang dunia pandemik yang sedang berlaku terutamanya di Malaysia
Judul : Zombie Jarum Vaksin
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Siti Aisyah
Penerbit : Arie Zaharie & Azlan Zaharie
Produksi : Arie Zahari Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Farid Kamil, Jue Aziz, Mustaqim Bahadon, Arie Zaharie, Mak Wan Latah, Kamsani Ismail, Syazwani Bakri, Kamsiah Binti Ali dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Zombie Jarum Vaksin
Telefilem Zombie Jarum Vaksin mengisahkan Nisa (Jue Aziz) dan Farid (Farid Kamil) yang merupakan pasangan tunang dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Walaubagaimanapun, mereka mempunyai satu masalah di mana Farid takut untuk menerima vaksin kerana sering didatangi mimpi buruk mengenainya. Hal ini turut membebankan Nisa kerana keluarga Nisa tidak bagi mereka berkahwin selagi farid belum divaksin.
Disebabkan itulah, Nisa bengang dan berlaku pergaduhan antara mereka. Nisa tetap berkeras mahu tahu apakah punca Farid tidak mahu divaksin.


Waktu Tayangan
Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Zombie Jarum Vaksin yang akan bersiaran pada 11 Disember ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive saluran Astro Citra 108.
Selain itu, jika anda terlepas atau tidak berkesempatan untuk menonton pada hari tersebut, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go pada bila-bila masa sahaja.