- advertisement -

Menerusi slot Layar Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sekali lagi telefilem Ustazah Ekspres di kaca tv pada 13 Mac 2022 di siaran TV Okey untuk tonton ramai.

Sebuah telefilem komedi islamik ini merupakan arahan Ezasyahdy Mohd Zain serta menampilkan gandingan pelakon yang tidak asing lagi iaitu Ashraf Muslim dan Isyariana.

Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Ezasyahdy Bin Mohd Zain (Paktua)
Penulis Skrip : Anina Sahal
Penerbit : Mr Hon Yoo Kee
Produksi : Laksana Talian Sdn. Bhd.

ustazah ekspres

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Isyariana, Ashraf Muslim, Dato Amin Khan, Nuradzahra Aisyah, Maziah, Nurwahyuda, Zulfikar Rahman, Shatirah Aqilah, Zazali Hassan dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Isyariana sebagai Tania
  • Ashraf Muslim sebagai Ustaz Badrun
  • Dato’ Amin Khan sebagai Haji Omar
  • Maziah sebagai Kak Zila
  • Zazali Hassan sebagai Ustaz Nasir

Sinopsis Telefilem Ustazah Ekspres

Telefilem Ustazah Ekspres mengisahkan tentang Tania yang berpewatakan sebagai seperti lelaki yang gemar menunggan motosikal dan akhirnya terjebak dengan aktiviti merempit.

Selepas kantoi dengan bapanya dan takut masuk lokap kerana aktiviti merempitnya, Tania larikan diri ke rumah anak-anak yatim dan disanalah dia menjadi Ustazah Ekspres bagi mengajar budak-budak.

Haji Omar sangat berharap agar anaknya, Tania akan berubah.

  • ustazah ekspres
  • ustazah ekspres

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Ustazah Ekspres pada 13 Mac ini, hari Ahad jam 2.30 petang di slot Layar Okey di TV Okey.

Selain itu, anda boleh saksikan secara online di RTM KLIK (rtmklik.rtm.gov.my) atau menerusi aplikasi mobile di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here