Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem terbaru iaitu Tunggu Aku Balik yang akan disiarkan pada 30 April 2022 menerusi slot Citra Exclusive di saluran Astro Citra.
BACA : Telefilem Ibu Belum Mati Di Astro Citra (Citra Exclusive)
Telefilem dengan genre thriller psyco ini diarahkan oleh dua orang pengarah iaitu Shahrul Sarjen dan Rashidi Ishak dan diterbitkan oleh syarikat produksi KL Motion Pictures Company
Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra 108
Pengarah : Shahrul Sarjen dan Rashidi Ishak
Produksi : KL Motion Pictures Company


Pelakon
Telefilem kali ini agak unik kerana tidak ramai pelakon yang terlibat sepanjang penceritaan. Hanya mengfokuskan lakonan daripada pelakon Talha Harith dan Riena Diana sahaja.
Sinopsis Telefilem Tunggu Aku Balik
Telefilem Tunggu Aku Balik mengisahkan tentang bagaimana seorang isteri iaitu Mirna yang bertindak mengurung suaminya selama dua minggu ketika dia perlu bekerja di luar kawasan.
Mirna berbuat demikian kerana sikap obses dan cemburu terhadap suaminya yang risau dia akan berlaku curang. Bagaimana agaknya seseorang yang terpaksa di kurung dalam keadaan lama?
Waktu Bersiaran
Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa saksikan telefilem Tunggu Aku Balik pada 30 April ini, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Citra Exclusive di siaran Astro Citra 108.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.