Minggu ini RTM bawakan sebuah telefilem tempatan terbaru berjudul Transit Cinta yang akan bersiaran pada 19 Februari 2022 menerusi slot Panggung RTM yang akan disiarkan di TV1.
BACA : Telefilem Aroma Cinta Di TV1 (Panggung RTM)
Sebuah telefilem arahan Rodzee Razak dengan terbitan CMA Media Sdn. Bhd. ini menampilkan lakonan Sharifah Husna dan Hafidz Roshdi sebagai peneraju atau watak utama dalam ceritan ini
Tayangan : Panggung RTM di TV1
Pengarah : Rodzee Razak
Penulis Skrip : Khairul Kiasan
Penerbit : Suraya Saad
Produksi : CMA Media Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem komedi romantik ini seperti Sharifah Husna Hafidz Roshdi, Sarah Dawud, Ali Reza, Nur Anna Melissa, Ayu Azlinda, Norziana dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Transit Cinta
Telefilem Transit Cinta mengisahkan tentang Lisa yang telah bertindak memutuskan pertunangannya apabila tunangnya tersebut telah ditangkap khalwat bersama sepupunya Sasha.
Oleh itu, Lisa telah membuat keputusan untuk mengembaran secara backpack. Dalam pengembaraanya Lisa telah bertemu dengan lelaki bernama Nizam. Maka bermulalah cerita tentang Transit Cinta.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Transit Cinta yang akan bersiaran pada 20 Februari, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.