- advertisement -

Slot Citra Exclusive pada minggu ini membawakan sebuah telefilem Ting Tong Love yang akan ditayangkan pada 17 Julai 2021 di Astro Citra. Telefilem ini merupakan ulang siar dimana ianya pernah ditayangkan pada tahun lepas.

BACA : Saksikan Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend (Astro Citra)

Telefilem drama romantik ini menampilkan Naqiu Boboy dan Scha Al-Yahya sebagai watak utama dan diarahkan oleh pengarah, Hadith Omar

Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Hadith Omar
Skrip : Amor Rizan
Penerbit : Dato Rafienaezanee Ramli
Produksi : Dark Wave Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Naqiu, Scha Alyahya, Aliza Shahidan, PS Mansur, Alynn Techen dan ramai lagi

- advertisement -
ting tong love

Sinopsis Telefilem Ting Tong Love

Telefilem Ting Tong Love mengisahkan Hairi (Naqiu) yang masih tidak terfikir untuk kahwin walaupun telah lanjut usia. Ibunya turut membantu bagi mencarikan calon tetapi masih tidak diterima dan tidak menepati ciri-ciri yang anaknya mahukan.

Satu hari, Hairi telah bertemu dengan Naina (Scha Alyahya) yang merupakan seorang gadis biasa yang menjual ikan di pasar bersama ibunya. Naina dan ibunya sering diburu oleh pengutip hutang kerana sikap ibunya yang suka meminjam.

ting tong love

Jadi satu hari, Hairi bersetuju untuk berkahwin tetapi calonnya mestilah yang dipilih sendiri. Oleh itu, Hairi berpakat dengan Naina untuk menyamar sebagai calon isteri dan sebagai balasan Hairi akan bantu melunaskan hutang.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Hairi dan Naina akan berkahwin pada akhirnya?

ting tong love

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan telefilem Ting Tong Love pada 17 Julai ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di Citra Exclusive Astro Citra saluran 108. Anda juga boleh kini boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here