Hujung minggu ini, Tv3 membawakan semua telefilem yang pernah menjadi bualan warganet sebelum ini bertajuk Tiada Lagi menerusi slot Cerekarama.
Cerita ini pernah disiarkan pada tahun 2020 yang lepas dan kini diulang siar semula untuk tontonan orang ramai menerusi saluran yang sama.
BACA : Telefilem Tiada Galang Ganti Di TV3 (Slot Cerekarama)
Selain daripada kehebatan barisan pelakon, drama ini menjadi bualan warganet sebelum ini kerana plot twist yang disajikan dalam cerita ini. Siapa yang tak tahu lagi, kena tengok di tv3.
Tayangan : Cerekarama Tv3
Pengarah : Man Kobena
Produksi : Ace Technoscience Sdn Bhd
Pelakon : Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Jay Iswazir, Dayang Areeda, Aryant, Naura Arissa Shazrin, Mili Supina dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Tiada Lagi
Siapa sangka perkahwinan Datuk Nizar (Eizlan Yusof) dengan skandal beliau bernama Fatin (Dayang Areeda) terbongkar apabila kediamannya dipecah masuk oleh sekumpulan perompak.
Menurut salah seorang perompak, yang bernama Iskandar lakonan(Jay Iswazir), wanita yang dikahwini oleh Datuk Nizar itu merupakan bekas isterinya. Malah, Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini) terkejut dengan kenyataan tersebut terutamanya apabila mendengar cerita itu dari mulut suaminya sendiri.
Selepas kejadian yang berlaku, Datuk Nizar mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis demi menjaga reputasinya. Manakala, Datin Nureen mengambil langkah untuk tidak meneruskan perkahwinannya.
Namun, apa yang membuatkan drama ini mendapat perhatian netizen ialah, apabila drama ini sebenarnya mempunyai plot twist. Siapa sangka, ibu kepada dua orang anak ini sebenarnya telah berkerjasama dengan Iskandar semata-mata mahu mendengar sendiri penjelasan daripada mulut suaminya berkenaan perkahwinan tersebut.
Namun begitu, siapa sangka Datin Nureen sanggup membahayakan nyawanya sendiri demi meminta pertolongan Iskandar.


Waktu Bersiaran
Telefilem Tiada Lagi akan bersiaran pada 31 Julai ini, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama Tv3. Boleh juga tonton secara online di www.xtra.com.my/live-tv/