Malam minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem Tiada Galang Ganti yang bersiaran pada 26 Jun 2021 di TV3 melalui slot Cerekarama. Pastinya hujung minggu tidak akan bosan dikala pandemik dengan menonton telefilem yang disajikan ini.

BACA : Saksikan Telefilem Nak Balik Kampung Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Tiada Galang Ganti pernah disiarkan pada bulan Mei tahun 2020 yang lalu. Kali ini ianya diulang siar bagi slot Cerekarama sekali untuk tahun ini bagi tontonan orang ramai.

Tayangan : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
Pelakon : Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool dan ramai lagi.

tiada galang ganti

Sinopsis Telefilem Tiada Galang Ganti

Alif (Raja Atiq) selalu mengeluh setiap kali ibunya, Mak Ani (Dilla Ahmad) hanya dapat menghidangkan telur goreng sebagai hidangan. Dia tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang sukar dan hanya itu yang mampu diberi oleh ibu bapanya.

Tetapi keadaan menjadi terbalik apabila ibu bapanya meninggal dalam kemalangan dan Alif harus menjaga adik-adiknya. Mereka selalu mengeluh asyik makan telur goreng. Sekarang dia tahu bagaimana perasaan orang tuanya dan berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan.

tiada galang ganti

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Tiada Galang Ganti pada Sabtu ini, 26 Jun 2021 jam 10.00 malam di slot Cerekarama TV3. Juga boleh saksikan secara live streaming di www.xtra.com.my/live-tv/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here