Jangan lupa saksikan telefilem Terhentinya Doa yang akan menemui penonton pada 16 Januari 2023, hari Isnin pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di watch.tonton.com.my
Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 16 Januari 2023 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Normah Damanhuri, Saharul Ridzwan, Azri Iskandar, Ozlyn, Sheila Rusly, Raja Hakim, Niena Baharun, Arif Aziz, Hjh Zaiton dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Normah Damanhuri sebagai Nek Wan
- Saharul Ridzwan sebagai Wafie
- Azri Iskandar sebagai Razali
- Ozlyn sebagai Rosie
- Sheila Rusly sebagai Aini
- Raja Hakim sebagai Rafael
- Niena Baharun sebagai Anis
Sinopsis Telefilem Terhentinya Doa
Telefilem Terhentinya Doa mengisahkan tentang Nek Wan yang berhidup sendirian di kampung yang mana telah disahkan mengidap virus chikugunya ketika menoreh getah. Dalam masa sama, Wafie yang pulang dari luar negara terkejut dengan berita tentang kesihatan Nek Wannya tersebut.
Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wan iaitu Razali dan Rosie bertengkar tentang siapa yang akan menjaganya. Selama berada di kampung, Wafie mendengar macam-macam cerita tentang keluarganya.
Setelah kesihatan Nek Wan kembali pulih, Wafie cuba mengubah keluarganya supaya selalu pulang ke kampung menjenguk Nek Wan dan selesaikan segala permusuhan.



