- advertisement -

Hujung minggu anda kali ini akan disajikan sekali lagi dengan sebuah telefilem komedi romantik bertajuk Tanam Apa Tu Bang Aji yang akan bersiaran pada 17 April 2022 di slot Cereka Ahad di TV3.

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi milik Dato’ A. Aida iaitu A. Aida Production Sdn. Bhd. dan arahan daripada pengarah Riza Baharudin.

Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Pengarah : Riza Baharudin
Penerbit : Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ A. Aida
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

tanam apa tu bang bang aji

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Kazar Saisi, Rosnah Johari, Cha Cha maembong, Amir Mirza, Jaja Iliyes, Octovia Manrose dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Kazar Saisi sebagai Abang Aji
  • Rosnah Johari sebagai Cik Ja
  • Cha Cha maembong sebagai Ika
  • Amir Mirza sebagai Naruto
  • Jaja Iliyes sebagai Nina
  • Octovia Manrose sebagai Noni

Sinopsis Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji

Telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji mengisahkan tentang Abang Aji yang sudah bersara dan mula bosan apabila tidak ada apa yang boleh dilakukan. Isterinya, Cik Ja sibuk dengan kerja dan bisnes online.

Untuk menghilangkan kebosanan Abang Aji mula berjinak-jinak menanam sayur di tepi rumah. Abang Aji berkongsi kegembiraan di media sosial apabila melihat sayurnya mula membuahkan hasil.

Jiran yang lalu di tepi rumah selalu menyapa dan bertanya, tanam apa tu Abang Aji?. Abang Aji tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu bercucuk tanam.

Anak Abang Aji, Nina tidak peduli dengan hobi baru abahnya. Begitu juga dengan satu-satunya anak lelaki Abang Aji, Naruto. Cuma Noni, anak ke dua yang memperlihatkan minat dan kagum dengan kebolehan abahnya menanam sayur sehingga menjadi.

  • tanam apa tu bang bang aji
  • tanam apa tu bang bang aji

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Tanam Apa Tu Bang Aji pada 17 April ini, hari Ahad pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di siaran TV3.

Jika tidak berkesempatan menonton di tv, anda boleh strim secara online di portal Tonton di www.tonton.com.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here