Siri episod Tanah Kubur terbaru kini kembali menemui penonton. Kali ini Astro bawakan Tanah Kubur Hati Hitam yang akan disiarkan pada 4 Disember 2021 menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
Tanah Kubur ialah siri drama dan telefilem keagamaan Malaysia yang diarahkan oleh Rashid Sibir terbitan Astro. Sebelum ini diterbitkan Tanah Kubur Peneman dan kali ini dengan kisah yang baru pula
Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Operak Klasik Sdn. Bhd.
Pelakon : Nasir Bilal Khan, Yana Samsudin, Liza Abdullah, Zarul Husin, Sofi Jikan dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam
Tanah Kubur Hati Hitam mengisahkan tentang kehidupan Khatijah yang menghantar anaknya, Teja ke rumah jagaan Norma. Namun suatu hari, dia mendapati badan Teja luka-luka seperti didera.
Berikutan peristiwa tersebut, Khatijah mengadu pada Tok Adi. Namun Norma menafikan dan seorang pekerjanya Kak Nur mengaku dia yang melakukannya. Tapi Tok Adi tak mempercayainya. Siapa punya angkara? Dan kenapa Teja didera?


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Tanah Kubur Hati Hitam pada 4 Disember ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra 108. Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go.