- advertisement -

Tahun baru ini, slot Citra Exclusive membuka tirai dengan menayangkan telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman pada 1 Januari 2022 di saluran Astro Citra.

BACA : Saksikan Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam (Citra Exclusive Astro Citra)

Sebuah lagi telefilem dikeluarkan melalui francais Tanah Kubur arahan Rashid Sibir dengan watak utama Tok Adi masih dikekalkan hasil lakonan Nasir Bilal Khan.

Judul : Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman
Tayangan : Slot Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Opera Klasik Sdn. Bhd.
Pelakon : Nasir Bilal Khan, Azri Iskandar, Mona Allen, Wan Maimunah, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

- advertisement -
tanah kubur fitnah akhir zaman

Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman

Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman kali ini mengisahkan watak Tok Adi yang telah dituduh merogol seorang wanita sehingga mengandung.

Khatijah janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Disebabkan itu, Tok Adi ditangkap oleh penduduk kampung bagi ketahui cerita sebenar.

Namun begitu, Tok Ad telah menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya. Adakah akan ada pembelaan atas pertuduhan tersebut?

tanah kubur fitnah akhir zaman

Waktu Tayangan

Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman pada 1 Januari ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra CH108.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go yang boleh dimuat-turun di Play Store dan App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here